Keluaran dan sambutan Rembat_(filem)

Rembat dikeluarkan pada 8 Oktober 2015 di pawagam seluruh negara.[8] Selepas 21 hari ditayangkan, filem ini telah mendapat kutipan sebanyak RM 708,000.[9]

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Aqmar Mustaza dari majalah Media Hiburan dan portal perfileman Wayangkini.com[10] memuji filem ini dari segi lakonan dan mesej filem ini.[11] Mohd Haikal Isa dari Kosmo! menulis bahawa paparan dalam filem Rembat ternyata melahirkan kesegaran baharu untuk filem Melayu Malaysia.[12]

Sebulan sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem Rembat telah dimuat naik di akaun YouTube Red Communications pada 4 September 2015 dan telah mencatat 94,283 tontonan.